Pengarah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL, Abd. Hamid Surip memberitahu, tindakan itu diambil atas keprihatinan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap orang ramai.

“Jalan di kawasan itu adalah di bawah seliaan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) tetapi DBKL mengambil inisiatif untuk melakukan kerja-kerja selenggara demi kemudahan pengguna dan penduduk setempat.

“Pihak kami akan mengadakan perbincangan dengan Prasarana dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini Utusan Malaysia dalam ruangan Siapa Peduli melaporkan tentang kerosakan teruk jalan di susur masuk ke stesen LRT Salak Selatan sehingga mengundang kepada pengguna kenderaan terutama penunggang motosikal.