Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Norhaslinda Nordin berkata, terdapat dua kategori insentif disediakan kepada penyewa yang layak iaitu cenderahati dan diskaun sewa sebulan.

“Insentif cenderahati diberikan kepada penyewa yang tidak mempunyai tunggakan sewa secara konsisten setiap bulan bermula Mei hingga Disember 2019, dan ia mula diberikan pada bulan Januari 2020.

“Diskaun sewa sebulan pula diberi kepada penyewa yang membuat bayaran pendahuluan untuk caj sewa setahun yang dijelaskan dalam tempoh tiga bulan sama ada bermula Mei 2019 hingga April 2020, Jun 2019 hingga Mei 2020 atau Julai 2019 hingga Jun 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Norhaslinda berkata, pemberian insentif itu tertakluk kepada bayaran sewa bulanan yang dibayar sendiri oleh penyewa dan bukannya dibayar oleh pihak ketiga seperti pemaju, syarikat atau baitulmal serta keseluruhan tunggakan sewa dijelaskan terlebih dahulu sekiranya ada.

“DBKL berharap penyewa PA dan PPR DBKL dapat mengambil peluang ini untuk mendapatkan diskaun sewa sebulandan pemberian insentif ini akan memberi galakan kepada penyewa untuk terus menjelaskan bayaran sewa bulanan secara konsisten setiap bulan tanpa tunggakan,” katanya.- BERNAMA