Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, susulan tindakan pihak berkuasa tempatan itu, beliau akan berbincang dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Ikhlasiah bagi menumpukan usaha membina semula dinding dan mengukuhkan tebing tanah di kawasan itu.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku ekoran mendapan tanah selepas hujan lebat yang kerap berlaku kebelakangan ini.

“Saya dapati tanah yang terdedah agak berisiko untuk terhakis jika hujan lebat berulang. Saya telah hubungi Jawi dan DBKL untuk mohon bantuan segera.

“Saya dan pasukan di pejabat Ahli Parlimen akan terus pantau keadaan di sini,” katanya dalam satu catatan Facebook miliknya. - UTUSAN ONLINE