Principal dalam satu kenyataan berkata kemudahan dalam talian itu membolehkan ahli-ahli i-Akaun KWSP melabur dalam dana unit amanah menggunakan simpanan KWSP mereka tanpa perlu mengisi dan menyerahkan borang fizikal dan membolehkan mereka melaksanakan pelbagai transaksi termasuk pembelian, penebusan dan pertukaran dana, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Principal, Munirah Khairuddin berkata terdapat keperluan untuk menampung kemunculan pelabur yang lebih celik teknologi.

“Kami gembira mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan KWSP dan kami teruja untuk membawakan pengalaman dan kepakaran global kami bagi menjadikan tabungan bagi persaraan lebih pantas dan mudah bagi mereka yang memilih untuk menguruskan wang mereka, dengan cara mereka sendiri,” katanya. -BERNAMA