Seorang peserta, Hamdan Abu berkata, program anjuran Sekolah Tahfiz Anak Yatim al-Kitab itu bertujuan mengumpul dana bagi membina kompleks tahfiz anak-anak yatim di Beranang, Selangor.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana ini aktiviti yang menyeronokkan selain dapat mengisi masa lapang mereka.

“Pada masa sama, ia adalah satu peluang dalam melakukan amal kebajikan dalam membantu golongan memerlukan,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan bagi pembinaan kompleks berkenaan boleh berbuat demikian menerusi akaun Sekolah Tahfiz Anak Yatim al-Kitab bernombor 1219 5010 001 587 (Bank Islam) atau Al Kitab Management 5625 2612 6782 (Maybank). - UTUSAN ONLINE