Pengerusi SPAN, Charles Santiago berkata, bagaimanapun ketika ini empangan-empangan tersebut yang membekalkan sumber air untuk loji rawatan air masih lagi dalam keadaan terkawal.

“Sebagai badan kawal selia, SPAN sentiasa memantau rapi keadaan bekalan air yang dibekalkan kepada pengguna terutama semasa cuaca tidak menentu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan daripada situasi semasa ini, SPAN menasihatkan pengguna supaya sentiasa berhemat ketika menggunakan air termasuk pada musim perayaan.

“Elakkan pembaziran supaya sumber air yang ada akan dapat bertahan lebih lama,” katanya. - UTUSAN ONLINE