GCH Retail Malaysia Sdn. Bhd. melalui satu kenyataan memaklumkan bahawa program berkenaan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan yang merupakan pengendali jenama itu di Malaysia.

Katanya, untuk menjayakan perkara itu, mereka turut mendapat penglibatan daripada 15 sukarelawan ‘Big Hearted Sweet Hearts’ yang berperanan untuk memastikan kesemua kanak-kanak terbabit berjaya mengikuti semua tentatif yang diatur dan benar-benar menerokai dunia sains.

Jelasnya lagi, kesemua mereka yang berusia di antara dua hingga 18 tahun itu turut dibawa berkunjung ke cawangan perdana (flagship) Cold Storage di Suria KLCC.

“Kami berharap mereka seronok dan usaha ini dapat menjana inspirasi kanak-kanak itu terhadap dunia sains dan teknologi,” kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE