Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.77 mata kepada 1,667.68 berbanding 1,669.45 pada penutupan Jumaat.

Indeks bergerak antara 1,664.38 dan 1,670.72 sepanjang sesi pagi.

Kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 428 berbanding 287, manakala 384 kaunter tidak berubah, 750 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.78 bilion saham bernilai RM719.44 juta.

China melaporkan kadar pertumbuhan ekonomi suku tahunan paling perlahan dalam tempoh 27 tahun, menyederhana hingga 6.2 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding 6.4 peratus pada suku pertama tahun ini, berikutan perang perdagangan yang berterusan dengan Amerika Syarikat (AS).

Pertumbuhan KDNK yang lebih rendah itu juga memberi kesan kepada harga minyak, memandangkan China merupakan sebagai pembeli terbesar minyak mentah.

Ini menjejaskan sentimen dalam pasaran tempatan. - BERNAMA