Indeks yang dibuka 4.78 mata lebih tinggi pada 1,634.95 untuk meningkat 6.34 mata kepada 1,636.51 pada 9.31 pagi.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu sebanyak 269 berbanding 140, manakala 265 kaunter kekal tidak berubah, 1,218 tidak diniagakan dan 31 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 472.20 juta saham bernilai RM171.53 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Public Investment Bank Bhd. berkata FBM KLCI dijangka dibuka positif hari ini selepas saham Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi pada Jumaat berikutan pengukuhan pendapatan bank, diterajui JPMorgan, yang telah meningkatkan keyakinan terhadap ekonomi AS.

Kadar Purata Perindustrian Dow Jones meningkat hampir 270 mata.

Sementara itu, Maybank Investment Bank Bhd. berkata kalangan pelabur pada amnya mengambil pendekatan neutral kepada positif terhadap sentimen makro Malaysia, tetapi majoritinya adalah ekuiti Malaysia yang kurang memberangsangkan, dengan isu utama adalah pemangkin dan alasan kukuh untuk melabur dalam ekuti Malaysia.

“Kalangan pengurus dana pelbagai aset menjangkakan aliran meningkat dalam pendapatan tetap Malaysia didorong oleh “suasana positif”, penyusutan ringgit berbanding dolar US dan prospek kadar faedah direndahkan oleh Bank Negara Malaysia,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan TNB masing-masing naik dua sen kepada RM9.29, RM22.60 dan RM12.30 manakala Petronas Chemicals melonjak 13 sen kepada RM8.84.

Bagi saham aktif, Bio Osmo naik 1.5 sen lebih tinggi pada 4.5 sen, Bumi Armada menokok setengah sen kepada 20.5 sen, manakala Sapura Energy turun setengah sen kepada 34 sen dan Bio Osmo susut satu sen kepada 6.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 40.27 mata kepada 11,601.73, Indeks FBMT 100 naik 39 mata kepada 11,424.97 dan Indeks FBM Ace naik 50.02 mata kepada 4,799.42.

Indeks FBM Emas Shariah naik 43.41 mata kepada 11,808.80 dan FBM 70 mengukuh 39.53 mata kepada 14,518.02.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 62.93 mata kepada 16,885, Indeks Perladangan mengukuh 14.61 mata kepada 7,283.95, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 1.53 mata kepada 169.66. - BERNAMA