Pada pukul lima petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 12.24 mata lebih tinggi pada 1,611.43.

Indeks penanda aras dibuka 2.24 mata lebih tinggi pada 1,601.43 mata berbanding penutupan Selasa iaitu 1,599.19 mata dan bergerak antara 1,601.04 mata dan 1,617.43 mata pada sesi tengah hari

Saham untung mengatasi rugi dengan 599 kaunter berbanding 276 dengan 350 kaunter tidak berubah, 686 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan bagaimanapun menurun kepada 2.55 bilion saham bernilai RM2.12 bilion daripada 2.82 bilion saham bernilai RM2.46 bilion semalam. -UTUSAN ONLINE