Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BNM: Institusi kewangan tutup 238 akaun mencurigakan

AKAUN-238
GABENOR Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim (tengah) berucap mengenai Prestasi Ekonomi pada Suku Pertama Tahun 2017 diiringi oleh Timbalan Gabenor, Dr Sukudhew Singh (kiri) dan Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour (kanan) ketika sidang akhbar di bilik persidangan Bank Negara Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ Gambar AMIR KHALID

KUALA LUMPUR 19 Mei - Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah-langkah agresif untuk memerangi skim kewangan haram sebagai sebahagian daripada dasar tidak bertoleransi bank pusat itu terhadap pengendali dan pelabur yang dengan sengaja mengambil bahagian dalam aktiviti kewangan haram.

Gabenornya, Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, setakat 2 Mei, 2017, 238 akaun mencurigakan telah ditutup oleh institusi kewangan.

"Daripada jumlah itu, 108 akaun disenaraikan di bawah amaran pelanggan kewangan Bank Negara berikutan aduan orang ramai," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama Malaysia, di sini, hari ini.

Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, individu atau perniagaan yang terlibat dalam aktiviti kewangan haram boleh didenda sehingga RM50 juta dan dipenjarakan 10 tahun.

Akta itu menyediakan peraturan dan pengawalseliaan institusi kewangan, sistem pembayaran dan entiti relevan lain dan pengawasan pasaran wang serta pasaran pertukaran asing bagi menggalakkan kestabilan kewangan dan bagi perkara-perkara berkaitan, berbangkit atau bersampingan.

"Apa-apa juga pelaburan yang menawarkan pulangan lebih daripada 20 peratus adalah tidak realistik," kata Muhammad, sambil menambah amanah saham adalah pengurus portfolio terbaik kerana ia menawarkan pulangan kira-kira enam hingga tujuh peratus.

Beliau menjelaskan akaun-akaun yang sangat meragukan akan ditutup dan wang dikembalikan kepada pemilik akaun.

"Dana-dana hanya akan disita atau dibekukan sekiranya diarahkan oleh mahkamah," katanya.

BNM juga melaksanakan langkah-langkah diselaraskan yang termasuk Jabatan peguam Negara yang akan menerajui jawatankuasa antara agensi bagi penguatkuasaan bersama terhadap aktiviti kewangan haram. - BERNAMA

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain