Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keadaan sedemikian bukannya satu halangan kerana apa yang penting adalah permasalahan masyarakat setempat harus diutamakan untuk diselesaikan.

“Walaupun bukan kawasan kita (BN), kita tetap peduli agar seiring dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

“Oleh itu, rakyat perlu sedar bahawa kerajaan sentiasa inginkan yang terbaik,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pengiktirafan Kawasan Yang Ditaraf A (Peringkat 1), Blueprint Penarafan Kebersihan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE