Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya meminta SPRM menyiasat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mengakui wujud pelanggaran syarat dalam proses berkenaan.

“Kalau setiap kesalahan tidak diambil tindakan, apa gunanya kita ada undang-undang, sekarang ini kesalahan sudah dilakukan, takkan sekadar batalkan pemberian tanah sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jumaat lalu, Pengerusi Selcat, Hannah Yeoh mengakui wujudnya pelanggaran syarat dalam proses pemberian lot tanah milik kerajaan negeri kepada para penerima di Kampung Sungai Yu selain mendapati terdapat keluarga menerima lebih dari satu lot tanah dan terdapat penerima tidak mempunyai rekod pendaftaran sah daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). - UTUSAN ONLINE