Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad dalam kenyataan berkata, dua wilayah iaitu Kuala Selangor dan Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya manakala status pemulihan di lima lagi wilayah mencapai 78 hingga 99 peratus.

Abdul Raof berkata, pihaknya sedang berusaha mempercepatkan pemulihan ke seluruh kawasan terjejas dengan meningkatkan tekanan dan menstabilkan aliran bekalan di sistem agihan.

“Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh pemulihan ini amat kami hargai dan bantuan lori-lori tangki air masih terus digerakkan ke kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan layari laman sesawang www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Facebook Air Selangor dan Twitter @air_selangor untuk maklumat dan status terkini atau menghubungi kami di talian 15300 atau Whatsapp ke 019-281 6793 atau 019-280 0919 untuk sebarang bantuan,” katanya. - UTUSAN ONLINE