Presiden Persatuan Rekreasi Wilayah Malaysia, Mohd. Roslan Mohd. Rafi berkata, antara jalan terlibat adalah Jalan Raja, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan Jalan Kuching.

Katanya, jalan-jalan lain adalah Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak dan Jalan P. Ramlee yang akan ditutup dari pukul 4.30 pagi hingga 11 pagi.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan jalan tersebut untuk mengelakkan kesesakan. Pihak penganjur juga akan menyediakan kon bagi tujuan penutupan jalan dan mengubah arah aliran trafik ke jalan alternatif lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, penganjuran program tahunan yang mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan diadakan di Jalan Raja, Dataran Merdeka, di sini dari pukul 5 pagi hingga 12 tengah hari. - UTUSAN ONLINE