DBKL menerusi catatan di Facebook berkata, wajah baharu itu dijangka akan beroperasi pada 1 September ini.

Katanya, program yang dilancarkan pada 14 Ogos 2016 kini telah melangkau usia tiga tahun dan ia selaras dengan langkah murni kerajaan untuk meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah yang menetap di PA dan PPR DBKL.

“Sejumlah 9,226 orang murid melibatkan 60 buah PA dan PPR di sekitar ibu kota menikmati kemudahan ini sehingga kini.

“Sejumlah RM11 juta diperuntukkan oleh DBKL setahun untuk melaksanakan program ini dan ia merupakan tanggungjawab sosial korporat kami sendiri,” katanya. - UTUSAN ONLINE