DBKL dalam satu kenya­taan memaklumkan, melalui tindakan khas tersebut, seba­nyak 50 sitaan pelbagai bara­ngan milik penjaja warga asing telah dikenakan mengikut kesalahan Undang-undang Kecil (UUK) 3 Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.

“Antara barangan yang disita oleh anggota penguat kuasa dari Jabatan Penguatkuasaan DBKL adalah pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan laut,” katanya.

Selain itu, DBKL turut mengeluarkan sebanyak 60 notis kesalahan bagi kesalahan trafik dan dua buah kenderaan buruk (tersadai) telah ditunda.

Katanya, tiada sebarang kekecohan dan provokasi berlaku ketika tindakan khas itu dilaksanakan.

“Pihak kami akan meneruskan tindakan seumpama ini dari semasa ke semasa bagi membanteras kebanjiran warga asing yang tidak mempu­nyai lesen berniaga dan yang tiada dokumen perjalanan sah,” menurut kenyataan itu.