Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid berkata, program di bawah tanggungjawab sosial pihaknya itu sudah lama dilaksanakan bagi memberi bantuan kepada rumah-rumah kebajikan termasuk rumah anak-anak yatim, surau, sekolah dan golongan yang memerlukan.

"Kami tidak membezakan atau melihat sama ada daripada segi agama atau bangsa.

"Mana-mana pihak yang memerlukan bantuan, itulah tempat yang kami akan pergi dan menyerahkan sumbangan," katanya.

Mohd. Redza berkata demikian ketika kunjungan ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Kasih Jing Yuan bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Jelasnya, tidak bermakna di bulan Ramadan bantuan hanya kepada orang Islam sahaja sebaliknya menyantuni semua bangsa. - UTUSAN ONLINE