Tinjauan mendapati, pelbagai jenis sampah sarap dibuang di merata-rata tempat terutama di laluan pejalan kaki sehingga mencemarkan persekitaran dan menyakitkan mata memandang.

Lebih menyedihkan apabila kemudahan tong sampah yang disediakan tidak digunakan dengan sebaiknya sebaliknya lebih cenderung membuang sampah sehingga bertaburan ke kawasan letak kenderaan.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan kawasan yang dihuni oleh kebanyakan warga asing terutama dari Mnyanmar dan Rohingya itu adalah kawasan tumpuan untuk orang ramai menjalankan pelbagai urusan.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) digesa mempertingkatkan kawalan dan usaha untuk memastikan kawasan tersebut bebas dari pencemaran. - UTUSAN ONLINE