Tenaga Pengajar Bidang Fesyen dan Seni Menjahit GiatMara Hulu Langat Kajang, Rubyah Lodin berkata, pihaknya turut menjual pakaian seragam sekolah kanak-kanak dengan harga RM10 sepasang bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

“Pakaian ini merupakan hasil tangan semua pelatih GiatMara yang merupakan sebahagian daripada modul yang perlu dipelajari mereka iaitu jahitan baju kurung.

“Sempena musim sekolah yang akan bermula, kita mengadakan jahitan baju sekolah untuk dipasarkan dengan tujuan membantu golongan kurang berkemampuan, selain menjana pendapatan kami,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE