Anih Berhad dalam satu kenyataan memberitahu, gambar yang kini sedang tular menerusi aplikasi Whatsapp, Facebook dan Twitter adalah tidak benar.

Menurut kenyataan itu, gambar tersebut merupakan kejadian lama iaitu pada 10 April lalu yang membabitkan kemalangan treler.

“Oleh itu, orang ramai diharap tidak terpedaya dan berhenti daripada menyebarkan gambar tersebut kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan serta suasana panik dalam kalangan pengguna.

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan trafik dengan melayari laman sosial syarikat iaitu Twitter di @LPTrafik atau Facebook Lebuhraya Pantai Timur,” katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini - UTUSAN ONLINE