Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Anak muda dan lagu klasik

MOHD. AIRIL NIZAM (kiri) bersama adiknya, Mohd. Aizal Alif beraksi
MOHD. AIRIL NIZAM (kiri) bersama adiknya, Mohd. Aizal Alif beraksi mempertahankan irama klasik dengan mempersembahkan beberapa buah lagu lama di hadapan gerai makan ibu bapanya di Pasar Keramat, Kuala Lumpur di sini. - UTUSAN ONLINE

MEMILIH genre lagu klasik sekitar tahun 60-an menjadi keutamaan buat dua orang remaja untuk memainkan dalam sebarang acara termasuk di hadapan kedai makan ibu bapanya di Pasar Keramat, Kuala Lumpur, di sini.

Dua beradik iaitu, Mohd. Airil Nizam Rosli, 17, dan Mohd. Aizal Alif Rosli, 14, menjadikan hobi mereka sebagai punca pendapatan untuk membantu meringankan beban ibu bapa khususnya bagi menampung perbelanjaan persekolahan.

Tanpa sengaja Utusan Kota berkunjung ke pasar itu baru-baru ini, seakan-akan tertarik dengan gaya persembahan yang bersahaja sekali gus mewujudkan suasana zaman pra merdeka.

Mohd. Airil Nizam memberitahu, minat mendalam terhadap lagu irama klasik ini mengajak dia dan adiknya untuk menawarkan perkhidmatan berkenaan khususnya untuk acara keraian dan kenduri perkahwinan.


Video oleh FAUZI SUHAIMI

“Kami hanya bermula di hadapan gerai makan mak dan ayah saya sahaja, dan selepas ada permintaan daripada banyak pihak, kami cuba untuk menyediakan untuk acara tertentu.

“Tetapi kami hanya beraksi pada cuti hujung minggu ataupun cuti persekolahan sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut Mohd. Aizat Alif, bakat yang ada pada mereka adalah hasil daripada didikan ayah yang turut menjadi minat ayahnya suatu ketika dahulu.

“Kami hanya mewarisi kepakaran dan kebolehan yang ayah saya ada kerana beliau juga pandai bermain alat muzik dan gemar menyanyi.

“Jadi, kami ingin terus mewarisi bakat ini dan cuba untuk mempertahankan minat irama klasik dalam kalangan generasi muda masa kini,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain