Presiden Alumni STAR Klang, Dr. Mohamad Rafie Md. Kaslan berkata, program dengan kerjasama Hospital Banting, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Persatuan Kanwork serta Persatuan Doctors On The Move Malaysia itu diadakan bertujuan berkongsi ilmu kesihatan selain dapat memupuk semangat kerjasama.

“Sepanjang program orang ramai berpeluang melakukan pemeriksaan secara percuma dan melihat pameran pendidikan kesihatan serta demonstrasi teknik-teknik bantuan kecemasan pemulihan jantung.

“Selain itu, pihak kami turut menziarahi warga emas dan pesakit kronik yang memerlukan perhatian melalui program Ziarah Cakna Kami Prihatin Bersama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE