Menariknya, lima daripada kumpulan pelatih tersebut adalah wanita yang bakal memikul tanggungjawab bersama 78 lagi pemandu tren di republik berkenaan.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataannya memaklumkan, program latihan Pemandu Tren Metro Profesional kendalian Akademi Rel ditandatangani pada tahun lepas antara pihaknya dengan Akademi Perkeretaapian Indonesia (API) yang menguruskan program latihan untuk pemandu tren berkenaan.

 “Kami menerima maklum balas yang cukup baik daripada API dan peserta latihan mengenai kualiti latihan dan kejayaan perkhidmatan MRT di negara ini,’’ katanya.

Dua daripada wanita yang lulus dalam latihan itu adalah Indri Yulia Erlanita, 23, dan Amalia Hasanah Nur Ahlina, 23, yang kini yakin untuk bergandingan dengan rakan sekerja lelaki.

Indri berkata, pengenalan sistem pengangkutan baharu di Indonesia akan mencetuskan transformasi dan menyelesaikan masalah kesesakan trafik di republik itu.

-UTUSAN ONLINE