Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Spencer Lee berkata, untuk tempoh selama satu bulan bermula dari 16 Ogos sehingga 16 September, ahli-ahli BIG boleh mendapatkan 50 peratus Mata Ganjaran BIG bonus dengan melakukan sebarang aktiviti daripada 200 rakan niaga AirAsia BIG di seluruh dunia.

Katanya, bukan itu sahaja, orang ramai juga berpeluang memenangi penerbangan percuma selama setahun hanya dengan berkongsi pengalaman Gaya Hidup BIG di Instagram berserta tanda pagar #EarnBIGLiveBIG.

“Kumpulkan Mata Ganjaran BIG apabila anda memuat naik gambar #EarnBIGLiveBIG, berkongsikan kempen dengan kawan-kawan anda, mengundi untuk gambar kegemaran anda atau ‘check-in’ kesemua bangunan-bangunan di laman web 816 BIG World.

“Pada akhir kempen, Ahli BIG yang mengumpul Mata Ganjaran BIG tertinggi melalui gambar #EarnBIGLiveBIG akan memenangi hadiah utama iaitu penerbangan AirAsia percuma selama setahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE