Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, kerja-kerja pembaikan sedang dipergiatkan bagi mempercepatkan pemulihan bekalan air ke kawasan terjejas.

“Tempoh masa pembaikan dan pemulihan tidak dapat ditentukan buat masa ini dan penduduk akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Untuk maklumat dan status terkini, sila rujuk laman web www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit pintar ‘Air Selangor’ atau hubungi kami di talian 15300 untuk bantuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE