Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), bekalan ikan semasa stabil iaitu sebanyak 880 metrik tan.

“Bekalan ikan kembung pula, di bawah Nekmat ada sebanyak 45 metrik tan. Sememangnya mencukupi terutamanya untuk hadapi musim perayaan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Kompleks Bilik Sejuk Nekmat dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Nekmat, Ahmad Rudin Hussain dan Pengurus Besarnya, Norizaman Ghazali. - UTUSAN ONLINE