Pengerusi Majlis Perunding Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Bandar Tun Razak, Azman Abidin berkata, reali-tinya rumah yang dikategorikan sebagai mampu milik itu sebenarnya tidak mampu dimiliki rakyat bawahan.

“Walaupun kerajaan membina lebih banyak rumah mampu milik melalui program Residensi Wilayah ia tetap tidak mampu dibeli golongan kurang berkemampuan memandangkan harga

MOHD. FEISAL
MOHD. FEISAL 

ditawar bermula dari RM300,000 dan ke atas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Azman berkata, rumah mampu milik yang dijual pada harga rendah berban-ding harga pasaran boleh meningkatkan keupayaan rakyat untuk memiliki rumah.

“Kerajaan perlu mengambil langkah dan memantau isu kenaikan harga rumah yang me-lampau dan tidak munasabah,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Persa­tuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR), Mohd. Feisal Abd. Manaf berkata, golongan berpendapatan rendah (B40) perlu berhenti bermimpi untuk memiliki rumah di sekitar ibu kota sekiranya isu kenaikan harga rumah tidak ditangani.

“Mana mungkin me­reka dapat membeli rumah. Gaji RM5,000 pun tidak mencukupi untuk sara hidup di Kuala Lumpur ini kan pula mahu membeli rumah” katanya.

Tambahnya, kerajaan perlu campur tangan dalam isu pemilikan rumah ini.

“Walaupun pelbagai skim pemilikan rumah diperkenalkan, rakyat tetap dihimpit dengan bebanan harga yang terlalu tinggi,” katanya.