Ketuanya, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, program yang dijalankan sejak lapan tahun lalu bagi menghargai pengorbanan dan dedikasi guru yang tidak ternilai.

Selain sekolah kebangsaan dan menengah, turut menerima hadiah itu sekolah agama, Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) KEMAS dan Tabika Perpaduan.

“Kami berharap usaha ini dapat merapatkan hubungan bersama guru untuk terus mendidik anak bangsa,” katanya kepada Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat Sungai Besi di sini.

Hari Guru disambut setiap 16 Mei dan tahun ini bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’. - UTUSAN ONLINE