Beliau berkata, pelancong berkenaan datang dari lima negara utama iaitu China, Singapura, Indonesia, Korea Selatan dan Vietnam.

“Peningkatan jumlah ini disumbang oleh pertambahan pelancong domestik iaitu lebih 72,000 atau 1.36 peratus. Pelancong China pula menjadi kumpulan pelancong asing terbesar iaitu sebanyak 1.09 juta.

“Ia disusuli oleh pelancong Singapura seramai 795,989 orang; Indonesia (395,729); Korea Selatan (129,991) dan Vietnam (103,334),” katanya dalam Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, di Seri Negeri di sini hari ini.