Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

65 koleksi busana Saloma dipamerkan di Muzium Negara

TIMBALAN Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Mas 3
TIMBALAN Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (tengah) bersama sukarelawan yang mengenakan pakaian mirip Saloma ketika Majlis Perasmian Pameran Ikon Fesyen Retro Saloma di Muzium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Sebanyak 65 koleksi terpilih busana yang menjadi signifikan dalam kehidupan Saloma sebagai artis tersohor suatu ketika dahulu dipamerkan menerusi Pameran Ikon Fesyen Retro Saloma anjuran Jabatan Muzium Malaysia (JMM).

Pameran dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Arkib Negara itu berlangsung di Muzium Negara, di sini bermula 8 Ogos lalu sehingga 31 Oktober depan.

Pengarah Muzium Tekstil Negara, Hadijah Mohd. Yunos berkata, pameran tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada Saloma kerana mencetuskan inspirasi dan aspirasi dalam memartabatkan seni berpakaian mengikut gaya unik dan tersendiri.

Katanya, lagu Tiru Macam Saya ciptaan suami Saloma, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan lirik oleh Allahyarham Datuk Jamil Sulong yang pernah dipopularkan Saloma dahulu diangkat sebagai tema pameran tersebut.

“Biduanita ini yang terkenal dan disanjungi di Malaya pada ketika itu mendapat gelaran Perintis Fesyen Malaya kerana sentiasa tampil dengan personaliti menarik serta menitikberatkan rupa paras dan penampilan diri dalam kehidupan sehariannya.

“Keberanian beliau menggayakan pakaian ala barat dan daya kreativiti yang ditunjukkan menerusi fesyen yang diketengahkan ketika berkarya membuatkan nama beliau sering meniti di bibir serta terpahat di memori para peminatnya,” katanya.

Ujarnya, antara jenis pakaian yang dipamerkan buat julung kalinya itu adalah kain kipas, peplum, kain sempit, kain belah dan kebaya ketat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain