Program bertemakan Wanita Berdaya Wanita Berdikari itu disempurnakan oleh Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 19, Datuk Azman Yaakob dan serentak dengan itu merasmikan Dataran Ilmu Pertubuhan Kebajikan Desa Puteri.

Azman berkata, program itu antara lain adalah sebagai pemangkin inovasi wanita dalam menyerlahkan kreativiti menghasilkan barangan hiasan rumah untuk menambah pendapatan golongan berkenaan.

Decoupage merupakan seni menghias objek menggunakan potongan kertas warna dan bahan deko.- UTUSAN ONLINE