Pertandingan itu disertai seramai 90 orang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Aziz berkata, program tersebut adalah untuk melahirkan semangat kekitaan sekali gus mengeratkan silaturahim antara semua agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

“Selain itu, ia bagi mewujudkan suasana 1Malaysia dan menghidupkan cogan kata ‘Muhibah’ ketika era pemerintahan Tun Razak suatu ketika dahulu,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE