Ketua Pegawai Eksekutif Litrak, Sazally Saidi berkata, tawaran itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam 31 Ogos ini hingga 11.59 malamnya.

“Insentif kemerdekaan seba­nyak RM868,248.50 diberikan kepada pengguna sempena Hari Kebangsaan untuk tahun ini manakala sebanyak RM4,592,903.20 te­lah disalurkan kepada pengguna di LDP sejak 2010 hingga 2016,” katanya dalam sidang akhbar mengenai pengumuman tawaran ber­kenaan di sini.

Terdahulu beliau bersama ka-kitangan Litrak meraikan seramai 100 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Lambaian Kasih Sungai Penchala, House of Joy Kinrara dan Rumah Hope, Petaling Jaya dengan membawa mereka melawat Muzium Negara.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran atlet berbasikal yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Mohamed Hariff Salleh dan Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi.

Tambah Sazally, diskaun sebanyak 20 sen untuk semua kelas kenderaan di Lebuhraya Sprint bagi tempoh yang sama turut diberikan sempena sam­butan itu.

“Dianggarkan seramai 155,357 pengguna akan menikmati diskaun tersebut dengan jumlah insentif yang diberikan kira-kira RM31,071.40.

“Mengikut rekod insentif kemerdekaan sebanyak RM164,706 telah disalurkan kepada pengguna di Lebuhraya Sprint bermula 2012 hingga 2016,” katanya.