Format penyertaannya yang dibuka kepada hanya tiga spesies burung iaitu Murai Batu, Murai Kampung dan Merbah Jambul akan dimulakan dengan pendaftaran peserta pada pukul 9 pagi di kawasan letak kereta pasar raya tersebut yang turut dimeriahkan acara cabutan bertuah.

Kutipan yuran pendaftaran yang dikenakan akan disalurkan 100 peratus kepada tiga buah rumah kebajikan anak-anak yatim sekitar Lembah Klang meliputi organisasi beragama Islam, Buddha dan Hindu sesuai dengan objektif amal pertandingan itu yang dijangka tamat sekitar pukul 2 petang esok.

Penganjuran yang turut dianjurkan bersama beberapa syarikat swasta dan individu itu dijangka menarik lebih 1,000 pengikut burung berkampung menyaksikan kicauan sang juara yang mampu melayakkan penjinaknya bawa pulang habuan utama sebuah motosikal. - UTUSAN ONLINE