Presiden St. John’s Alumni Association (SJAA) Isham Ishak berkata, program yang berlangsung di Concourse St. John’s Institution (SJI) itu memasuki tahun keempat penganjurannya dengan menghimpunkan barisan bekas pelajar dari tahun 1960an sehingga kini.

“Program ini diserikan lagi dengan pelbagai pengisian cakna santai yang menarik seperti majlis penyerahan sijil kepada beberapa ahli alumni atas penglibatan mereka dalam operasi menyelamat seorang ‘Johannian’ di Gunung Nuang, penyerahan penajaan jersi kepada persatuan sukan sekolah dan pelancaran Buku Cadet Corp SJI sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-100.

“Persiapan untuk menganjurkan acara ini telah bermula sejak Disember lalu dengan pembabitan beberapa bekas pelajar dari era berbeza sebagai anggota jawatankuasa penganjur. Komitmen daripada jawatankuasa penganjur dan kehadiran begitu ramai alumni adalah bukti bahawa kekuatan persaudaraan dalam kalangan mereka kekal utuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE