Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam kenyataan di sini hari ini berkata, program anjuran bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pihak berkuasa tempatan itu bertujuan menghapuskan tempat pembiakan Aedes di kawasan berkenaan.

Katanya, program itu dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, A. Rahim Ahmad Kasdi.

“Program diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan plogging dan ecobrick selain pameran dan cabutan bertuah. Sebanyak 49 botol ecobrick dan 1,552 bekas yang berpotensi menjadi sarang pembiakan Aedes telah dapat dikumpulkan,” katanya. - UTUSAN ONLINE