Program anjuran MPSJ itu mendapat kerjasama Syarikat Aeon Big (M) Sdn. Bhd. dan Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Selangor.

Turut hadir menyerahkan sumbangan, Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohamad Zulkurnain Che Ali pada awal pagi ketika waktu sahur.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abd. Rashid berkata, program berkenaan bertujuan untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan untuk menyambut bulan Ramadan.

“Antara barangan keperluan yang disumbangkan adalah beras, minyak dan gula kepada golongan asnaf yang dikenalpasti di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Subang, Kinrara dan Sri Serdang.

“Sumbangan diserahkan terus kepada penerima dengan berkunjung ke rumah mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, anggota Agensi Keselamatan MPSJ turut menyampaikan juadah sahur kepada anggota polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya dan IPD Serdang. - UTUSAN ONLINE