Kru penyembelihan, Muhammad Ahmad, 62, berkata, daging korban itu diagihkan kepada anak-anak yatim dan pelajar sekolah tahfiz sekitar kawasan kampungnya.

"Alhamdulillah, proses penyembelihan dan ibadat korban yang pertama kali dilaksanakan di sini selesai.

"Inshaallah jika mempunyai rezeki yang lebih kami akan melaksanakan ibadat korban ini pada tahun hadapan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Muhammad berkata, pihaknya juga bergotong-royong memasak daging dan menjamunya bersama-sama penduduk kampung dan anggota yang terlibat. - UTUSAN ONLINE