Daripada jumlah itu, lebih 20 jenis hidangan disajikan berkonsepkan warung bagi menghidupkan suasana Ramadan.

Ketua Pegawai Operasi PWTC, Zalidi Rahim berkata, pihaknya mengekalkan kadar bufet sejumlah RM80 bagi dewasa dan RM40 kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.

“Promosi bufet bermula pada 29 Mei hingga 23 Jun hadapan dan dibuka pukul 6 petang hingga 10 malam.

“Pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Dewan Bangkuasi ditawarkan pada harga RM95 seorang meliputi 100 orang ke atas, manakala tempahan minima untuk 50 orang RM115 seorang,” katanya dalam sidang akhbar Mari Beramal Bersama PWTC di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zalidi berkata, pihak PWTC turut mengadakan promosi tempahan awal sehingga 26 Mei ini dengan tawaran harga RM65 seorang.

“Menerusi program tanggungjawab sosial korporat, PWTC turut melaksanakan kempen menggalakkan orang ramai dan badan korporat menyumbangkan makanan kepada lapan buah rumah kebajikan dan anak yatim sekitar ibu negara.

“Dengan adanya usaha ini, selain menikmati juadah, pengunjung boleh menyumbang kepada golongan memerlukan,” katanya. - UTUSAN ONLINE