Yang Dipertua PSSGM, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, 24 daripada jumlah ahli silat itu menerima bengkung putih manakala seorang lagi menerima bengkung merah.

“Mereka yang menerima masing-masing berusia lingkungan enam hingga 18 tahun dan hampir keseluruhannya terdiri daripada anak-anak kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Sumbangan PSSGM ini begitu penting kepada masyarakat terutama golongan belia yang berjuang mempelajari ilmu pertahanan diri, sekali gus menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyampaian Bengkung dan Pengambilan Ahli Baharu Gelanggang Singa Malaysia, hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Barisan Nasional Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Rani Hisham Samsudin dan Pengerusi Majlis Gurulatih Gayong Putrajaya, Rasol Abdul Ghani. - UTUSAN ONLINE