-

Yang Dipertua MPAJ, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, minyak terpakai dan barang kitar semula itu berjaya dikumpul daripada beberapa lokasi seperti premis makanan, pasar malam dan juga bazar Ramadan.

“Pihak majlis kini giat menjalankan pelbagai program dan kempen kesedaran bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan masyarakat termasuk pada bulan Ramadan.

“Antara program lain yang turut diadakan adalah Program Bazar Ramadan Mampan, Lestari Hijau di Pasar Malam dan Kempen Bebas Polisterine di bazar, “ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE