Sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan susu itu disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad.

Abdul Halim berkata, inisiatif itu diberikan secara berperingkat ketika program memancing peringkat Parlimen Setiawangsa manakala sebahagiannya lagi dari rumah ke rumah oleh petugas dilantik.

“Program tersebut bertujuan meringankan beban rakyat bagi menjalani kehidupan seharian seiring dengan dasar kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Yang turut hadir dalam menyerahkan bantuan itu adalah Pengasas Negaraku, Dr. Mohd. Zamri Noordin dan wakil petugas kawasan Setiawangsa, Fazlinda Md. Ramli. - UTUSAN ONLINE