Operasi yang melibatkan Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu berlangsung selama lebih empat jam bermula pada pukul 12 malam.

Ketua penyelaras BAH, Azman Mahmood berkata, operasi berkenaan akan diadakan secara berterusan bagi membanteras gejala yang tidak bermoral hingga ke akar umbi.

“Kali ini, pihak kami mengadakan pemeriksaan di empat buah pusat hiburan sekitar Bukit Bintang dan Kepong.

“Di Kuala Lumpur sahaja pusat hiburan yang tidak berdaftar sebanyak 1,086 dan kita kena buat pemeriksaan di semua tempat berkenaan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi tersebut di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE