Majlis perasmian program itu disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Kuala Lumpur, Mohd. Fadzil Abu Kassim.

Program anjuran Pusat Zon 4, Bahagian Pengurusan Masjid Jawi itu bertujuan menyerlahkan kepakaran dan kreativiti peserta dalam penghasilan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa.

Mohd. Fadzil berkata, kemenangan peserta dinilai berdasarkan pada keenakan rasa, kreativiti hiasan, kebersihan dan kerjasama dalam kalangan peserta.

“Para peserta juga berpeluang menunjukkan kehebatan masing-masing dengan membawa resipi, rempah ratus, kreativiti dan bakat masing-masing.

“Sebanyak 4000 bungkus bubur lambuk berjaya dihasilkan dan diagih kepada jemaah, pengguna jalan raya dan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, antara masjid yang terlibat dalam program sempena sambutan Ramadan itu adalah Masjid Muadz Bin Jabal, Masjid Usamah Bin Zaid, Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah dan Masjid As-Sallehin selain Persatuan Pengguna Islam Malaysia. - UTUSAN ONLINE