Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

100 asnaf terima sumbangan barangan, rawatan percuma

BAHARUDIN ABU (duduk kanan) memberikan rawatan secara percuma 4
BAHARUDIN ABU (duduk kanan) memberikan rawatan secara percuma kepada salah seorang kanak-kanak yang mengidap penyakit jantung dalam Program Sentuhan Kasih Aidiladha 2017 di Rumah Sentuhan Kasih, Kampung Tengah B, Puchong, Selangor, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ AMIN FARIJ HASAN

PUCHONG 9 Sept. - Seramai 100 asnaf dan golongan fakir miskin dari sekitar Puchong menerima sumbangan daripada Persatuan Sentuhan Kasih al-Qalam Malaysia menerusi Program Sentuhan Kasih Aidiladha 2017.

Pengasas dan Presiden Persatuan Sentuhan Kasih al-Qalam Malaysia, Datuk Seri Baharudin Abu berkata, sumbangan berupa barangan keperluan asas itu bertujuan meringankan beban golongan berkenaan sempena Aidiladha.

“Pada program ini, kita turut memberikan rawatan terapi dan alternatif percuma kepada penerima yang mempunyai masalah kesihatan antaranya strok, saraf, jantung, kanser dan buah pinggang,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan di sini hari ini.

Menurutnya, program yang dilaksanakan sejak empat tahun lalu itu akan diteruskan bagi tujuan berkongsi kasih dan derita dialami golongan berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain