Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

1,798 calon duduki UPSR di Putrajaya

Murid-murid mendengar taklimat dan nasihat daripada guru sebelum
Murid-murid mendengar taklimat dan nasihat daripada guru sebelum memasuki dewan peperiksaan bagi menduduki UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya, baru-baru ini. UTUSAN/RASHID MAHFOF

PUTRAJAYA 13 Sept. – Sebanyak 1,798 calon di sini menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada hari pertama kelmarin membabitkan mata pelajaran Bahasa Melayu kertas Pemahaman dan Penulisan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8 (1) di sini mendapati sebanyak 132 calon hadir dan sesi peperiksaan berjalan dengan lancar.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Putrajaya, Roaini Jaafar dan ibu bapa turut hadir untuk memberi sokongan kepada calon sebelum peperiksaan bermula.

Calon UPSR turut membaca doa sebelum masing-masing mula menjawab soalan peperiksaan malah, ibu bapa juga turut berkumpul bersama-sama dengan guru membaca surah Yasin dan mengadakan solat hajat.

Sementara itu, seorang guru tahun enam, Fatimah Zainal Abidin berkata, pihak sekolah menyediakan roti dan air kepada setiap calon sebelum memasuki dewan peperiksaan.

“Ia bagi memastikan mereka bertenaga untuk menjawab kertas soalan. Alhamdulillah, setiap pelajar sudah bersedia untuk menduduki peperiksaan selama empat hari itu.

“Kami sebagai guru sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua calon termasuk telah mencurahkan segala ilmu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP),” katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu katanya, dia yakin calon UPSR SKPP8(1) mampu menjawab soalan dengan baik sekali gus dapat meningkatkan prestasi dan jumlah calon yang berjaya mendapatkan 6A di sekolah berkenaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain