Jurucakap urus setia larian, G Prakash, berkata, acara larian itu bertujuan mempromosikan amalan gaya hidup sihat dan menyuntik semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Jelasnya, program anjuran DMY Creation dengan kerjasama Maraton MY itu turut mendapat penyertaan dari luar negara termasuk Amerika Syarikat dan Australia.

“Kami teruja dengan penyertaan berbilang kaum dan pelbagai peringkat usia pada larian kali ini.

“Selain bertanding dalam acara larian, peserta juga disediakan lebih 20 hadiah cabutan bertuah antaranya televisyen, telefon pintar dan jam senaman,” katanya.

Larian yang bermula dari Dataran Merdeka itu melalui Jalan Bukit Bintang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang dan berakhir di Dataran Merdeka.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi DMY, Datuk Mohammed Yussof. - UTUSAN ONLINE