Program tahunan buat kali kelapan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM20,000.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd. Nazam Harun berkata, program bertemakan Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera itu bertujuan menambahkan rasa cinta warga kota kepada Wilayah Persekutuan.

Katanya, juara pertandingan akan membawa pulang hadiah sebanyak RM6,000 diikuti RM2,000 dan RM1,000 untuk naib juara dan ketiga.

“Pemenang keempat hingga ke-10 akan menerima sebanyak RM200, pemenang tempat ke-11 hingga 80 pula menerima RM100 manakala tempat ke 81 hingga 100 menerima RM50 setiap seorang.

“DBKL turut menyediakan hadiah khas untuk pemenang ikan keli yang mana juara menerima RM300, kedua RM200, ketiga hingga ke tujuh (RM100) dan tempat ke lapan hingga ke 10 (RM50),” katanya.

Menurut kenyataan itu, yuran sebanyak RM40 akan dikenakan untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada Sabtu ini dari pukul 1 petang hingga 10 malam.

“Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman facebook: jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013-305 2811, 013-266 7011 dan 012-284 6811,” katanya. - UTUSAN ONLINE