Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Keunikan khat dari India

Gambar dirakam di Perpustakaan Rampur Raza

Pengunjung, Zarofmini Awang (kanan) dan Nurul Afnah Yusuf melihat 4
Pengunjung, Zarofmini Awang (kanan) dan Nurul Afnah Yusuf melihat salah satu seni khat di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur baru-baru ini. UTUSAN/FAIRUZ IZYANA AYUB

KUALA LUMPUR 
16 April - Sebanyak 40 gambar karya seni khat yang tersimpan di Perpustakaan Rampur Raza, Uttar Pradesh, India kini boleh dilihat oleh orang ramai pada Pameran Fotografi Kaligrafi Islam di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya (UM) di sini.

Karya tersebut merupakan sebahagian daripada 300 tulisan khat bersejarah yang ditempatkan di perpustakaan berusia 241 tahun itu.

Ketua Muzium Seni Asia UM, Abdul Aziz Abdul Rashid berkata, orang ramai diminta tidak melepaskan peluang menyaksikan keunikan dan kehalusan seni khat yang dibawa khas dari India pada pameran yang berlangsung sehingga Isnin depan.

“Pada masa ini, kebanyakan peminat seni lebih berminat dengan­ karya-karya yang bersifat kontemporari dan moden.

“Bagaimanapun, koleksi yang dirakam dari Perpustakaan Rampur Raza ini bukan sahaja klasik tetapi mempunyai nilai sejarah dan falsafah yang tinggi,” katanya di sini, baru-baru ini.

Pameran itu diadakan sempena Festival of India in Malaysia 2015 yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia dengan­ kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Abdul Aziz berkata, pelbagai jenis khat yang dipamerkan seperti khat Diwani, Kufi, Tuluth, Nasakh dan Diwani Jal mempunyai keunikan bentuk, warna, kreativiti dan keistimewaan tersendiri.

“Pameran ini sebenarnya melibatkan rakaman fotografi secara digital terhadap bahan-bahan koleksi khat dari perpustakaan tersebut. Tidak mungkin kita dapat membawa masuk artifak seni asal yang telah berusia beribu-ribu tahun.

“Bahan-bahan itu tidak boleh diusik demi memelihara dan mengekalkan sifatnya. Justeru, kita berjaya menyalin semula secara digital untuk tatapan pengunjung,” katanya.

Bagi pencinta seni khususnya tulisan khat, pameran yang julung-julung kali diadakan ini sememangnya istimewa berbanding­ pameran khat biasa.

Pameran ini juga merupakan pengiktirafan kepada khat sebagai satu cabang seni yang bukan sahaja bersifat abstrak namun turut memiliki keunikan luar biasa.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain